MosHiMosHi

Selamt datang ke blog aku nie.Hope korang enjoy la ye..Sja wat blog nie utk isi masa lapang ngn muhasabah diri..


Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:

“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53).

Thursday, December 31, 2009

~azaM taHun 2010~

aku xde azam yg gah ke pe mcm org len..just 2 je azam aku tahun nie..hope akan tercapai..firstly aku nk grad ngan result cemerlang di akhir sem nnt..tp azam aku yg plg penting, aku nk tgk seluruh keluarga ku bersatu kembali dan hdp dlm keadaan aman,bahagia & gembira slalu..aku xsggp nk lalui keadaan tertekan nie lg..aku xmampu nk lihat org2 yg aku sayang menangis dan trs menangis..Doaku; Ya Allah, satukan hati kami adik beradik agar bersatu kembali & memjadi sebuah keluarga yg harmoni.Amin..

taHun baRu????

Semua org dok wish selamat tahun baru..tp aku xde perasaan pn nk wish coz pala aku tgh sakit sgt2..mata aku pn dh berair nie dok thn skt..pala aku makin skt bla sekali lg aku duji..napa la hdpku slalu kne uji.Ya Allah, hambamu nie dh rs xmampu nk tgg lg..seksanya aku rasa..blakah sumanya akn berakhir???

first daY class

Baru ari nie kuliah aku bermula bg sem akhir di UTeM..ari nie msk kelas production planning & control..byk gak la blajar..menarik gak kelas td..Ir punesh ajar xla boring...just blajar intro je ari nie...pas tu lepak dlm sejam coz ada kelas cad/cam kul12 lak..mula ingt mcm best..tp alahai, slow bangat lec yg jar..mula2 suma bg tumpuan.bla dh msk 15min, mula la b'ckp, ngantuk dtg sbb keboringan melanda.huhuhuhu...nsb baik la kuliah sejam ja..kalo 2jam xtau la mcm na nnt.pe pn ari ni dlalui ngn sempurna..

Tuesday, December 29, 2009

Bagaimanakah menyayangi seseorang??

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

3 perkara yg sgt2 PENTING..

  1. Sayangilah diri sendiri melebihi sayang pada org lain kerna xde seorang pn yg mampu sayangi diri kita sebanyak tue wlupn pakwe ke kawan ke atau sesape jer.
  2. Jadilah KAWAN atau SAHABAT yg paling akrab pada diri kita & jgn jd MUSUH pd diri sendiri..
  3. Yakin pd diri sendiri dlm pe jua situasi..Percaya lah yg diri kita mampu lakukannya wlupn susah.

p/s : selalunya kta selalu sayang pd org len melebihi pd dr sdr..akhirnya bla kita dkecewakan kta akan rasa perit, sedih, marah..Hal nie berlaku sbb kta x sayang pd dr kta sendiri.kita slalu utamakan org len dr diri sdr..menjadi sahabat yg baik pd diri sdr adalah penting..ini kerana kita sahaja yg plg faham dr sendiri & sentiasa yakin yg kita mampu lakukannya wlupn hadapi pe jua dugaan & ujian..

Bermulanya sem lasT..

Ari nie dh masuk ari ke-3 aku kembali ke melaka..sbnrnya nie sem last aku kat utem..penat tul 2 ari lepas.maklum la dh sebulan tgglkan umah sewa..berhabuk nya..lalang pjg..hhuhuhuhu..pe lg aku keja keras nk bersihkan suma..tp alhamdulilah.suma dh setel..

Wlupn, aku heppy nk abiskan sem last, tetiba aku dpt msge yg adik member baik aku meninggal dunia ptg smlm..Inalilah...aku harap member aku tu tabah & sabar hadapi dugaan dr Ilahi..wlupn perit kehilangan org yg kta syg, tp kta kne redha..aku juga pnh merasainya tika aku kehilangan AYAH yg aku amat sayang sgt2..Sma2 la kta sedekahkn Aa roh Al-Fatihah buat arwah..Moga roh mereka dicucuri rahmat..Amin.

Dh msk ari selasa.kelas aku xmula lg..member2 kelas bg tau lec aku p kursus..rugi lak blek awl..kalo tau leh smbg ct lg..xsabar ni nk msk kelas.maklum la nk biskan 1 sem ja lg nie..Harap2 aku dpt tempuh sem nie dgn jayanya tanpa pe2 mslh..cukuplah aku lalui mcm2 mslh sem lepas..



Sunday, December 20, 2009

-Cara Atasi Marah-

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Wallahu wa'lam...

M-TuN di UNIMAP

11/12-13/12 yg lalu, aku ada game netball di UNIMAP sempena sukan M-Tun.Bas UTeM akan smpi d tol juru pd hari jumaat pg kul 5.30a.m..aku perlu tggu kat ctu..tp aku xp..xsiapa yg tau sbb napa aku xp.aku xde sape2 nk harapkan sbnrnya tuk hntr aku kat ctu..Keesokkan arinya, aku dikehendaki ke UNIMAP gak..mcm na la aku nk ke stesen bas..
Terpaksala aku kol teksi ambik aku dr umah hantr ke parit buntar.RM15 gak tambang teksi..Sampai kat sna, nasib dh da bas yg nk gerak ke b/worth..Trs aku naik ngn tambang Rm3.90..aku tiba di b/worth dlm kul 1.15 pm..Trs cari kaunter tuk beli tiket ke perlis..bla tny kat kaunter, tiket kul1.30..aku rembat ja.Tikat Rm13.70..Huhuhu..total suma Rm30 lebih gak..
selang beberapa lma pas tu bas tiba.aku trs naik..tp dlm masa yg sma aku lapo gler. terpaksa la aku thn lapo smpi di perlis..
Dalam bas aku jenuh pkr nk minta sapa ambik.Bgs gak aku dlu sek teknik kangar.So, rmi la kwn2 kt sna.Dlu classmate aku suma laki.sorang je p'puan.tp yg p'puan da kat png..nk minta kwn laki ambik, da yg cemburu nnt..demi jaga hati suma pihak, aku minta member hostel aku ambik..sue namanya..tp dia keje lak..aku tthanks sgt2 kt dia.dia sgp ambik off keje jap sbb nk ambik aku kat stesen bas, bwk aku p mkn dan hntr aku p hostel UNIMAP..terpaksa la aku sshkan dia wlupn aku rs bersalah sgt2 ganggu dia keje.. :(
Hari jumaat aku da 3 game..tgh hari dh bis.Aku trs blah..xp pn ambik hadiah..Lupa lak nk ckp.team aku dpt no 3.jdla..aku yg x training kne men suma game.pnt gler time tu..Mlm sblm game tu aku kuar mkn ngn cikgu sek aku yg plg rapat..smpi skrg kmi msh rapat mcm adik beradik..ptg tue pas game, kwn2 aku dtg ambik..iera dtg dr jitra, pzah dr pdg besar sue & nad dr alor setar..nie la kwn2 baik aku ms kat sekolah tek dlu..kami p lpk kat kuala perlis..Tq la kat iera coz blanja mkn kami suma..Pas tu kmi blek umah sue..
malam tue aku lpk umah sue..yg len2 dh blek..aku tdo awl.pnt sgt2..ngan sue pn aku xsmpt nk smbg sgt..esk pg ahad..aku skali lg sshkan sue..dia hntrkan aku ke stesen bas..skali lg p'jalanan aku bermula seperti ari jumaat..p'jlnan blek ke png lak..wlupn aku terasa pnt sgt, tp aku tetap enjoy ngn journey aku ke perlis..aku dpt jmp kwn2 lma aku..aku rindu kalian suma..kenangan bersama kalian tetap dlm ingatan..



~JLn2 with besHfrenZs~

Semalam, aku kuar ngn member2 sekolah ms aku form2..geng2 sek convent Bm dlu..dh lma kami xkuar sma2 pas masing2 pndh sek pas pmr..peh tu lak, suma bwk haluan masing2..baru2 nie je kmi dpt contact blek..bla dh suma cutie, kmi plan kuar sma2..xde p mana2 pn..kami p jj kat perda ja..





Mula2 aku nk ucapkan tq kat shera coz blanja kami suma mkn pizza..heheheheh.dia je yg dh keje dlm kami berempat..mmg enjoy kuar smlm..mcm2 cta.maklum la lma dh xjmp..peh tu kami suma gerak p summit lak..jln2 kat sna lak..tq gak pd shila yg sudi jd driver kami.hihihihihihi....yg lawaknya, bis mamat bangla sapu sampah kmi minta tlg tgkpkn gambo..kalo x, xde la gambo kmi berempat..Pe pn, kami tul2 enjoy.Rasa jap ja kuar smlm..Anyway thanks to all..Hope kta akan dpt kuar lg pd ms depan..Wish u all the best guy!!!

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Firstly, aku nk ucapkan salam maal hijrah 1431 pd semua umat Islam..Moga tahun baru nie berikan kita 1 azam baru untuk membaiki diri kita menjadi insan yg lebih baik..Sma2 la kita baiki dr kita..
Pada semua kwn2 yg tggl 1sem lg, marilah kita berjuang abis-abisan sebelum kita semua melangkah ke alam pekerjaan.Buatlah yg terbaik demi masa depan & kedua ibu bapa yg menanti kejayaan anak mereka..Jadilah anak yg soleh & solehah..Hargai mereka selagi mereka di depan mata..