MosHiMosHi

Selamt datang ke blog aku nie.Hope korang enjoy la ye..Sja wat blog nie utk isi masa lapang ngn muhasabah diri..


Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:

“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53).

Thursday, December 31, 2009

~azaM taHun 2010~

aku xde azam yg gah ke pe mcm org len..just 2 je azam aku tahun nie..hope akan tercapai..firstly aku nk grad ngan result cemerlang di akhir sem nnt..tp azam aku yg plg penting, aku nk tgk seluruh keluarga ku bersatu kembali dan hdp dlm keadaan aman,bahagia & gembira slalu..aku xsggp nk lalui keadaan tertekan nie lg..aku xmampu nk lihat org2 yg aku sayang menangis dan trs menangis..Doaku; Ya Allah, satukan hati kami adik beradik agar bersatu kembali & memjadi sebuah keluarga yg harmoni.Amin..

taHun baRu????

Semua org dok wish selamat tahun baru..tp aku xde perasaan pn nk wish coz pala aku tgh sakit sgt2..mata aku pn dh berair nie dok thn skt..pala aku makin skt bla sekali lg aku duji..napa la hdpku slalu kne uji.Ya Allah, hambamu nie dh rs xmampu nk tgg lg..seksanya aku rasa..blakah sumanya akn berakhir???

first daY class

Baru ari nie kuliah aku bermula bg sem akhir di UTeM..ari nie msk kelas production planning & control..byk gak la blajar..menarik gak kelas td..Ir punesh ajar xla boring...just blajar intro je ari nie...pas tu lepak dlm sejam coz ada kelas cad/cam kul12 lak..mula ingt mcm best..tp alahai, slow bangat lec yg jar..mula2 suma bg tumpuan.bla dh msk 15min, mula la b'ckp, ngantuk dtg sbb keboringan melanda.huhuhuhu...nsb baik la kuliah sejam ja..kalo 2jam xtau la mcm na nnt.pe pn ari ni dlalui ngn sempurna..

Tuesday, December 29, 2009

Bagaimanakah menyayangi seseorang??

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

3 perkara yg sgt2 PENTING..

  1. Sayangilah diri sendiri melebihi sayang pada org lain kerna xde seorang pn yg mampu sayangi diri kita sebanyak tue wlupn pakwe ke kawan ke atau sesape jer.
  2. Jadilah KAWAN atau SAHABAT yg paling akrab pada diri kita & jgn jd MUSUH pd diri sendiri..
  3. Yakin pd diri sendiri dlm pe jua situasi..Percaya lah yg diri kita mampu lakukannya wlupn susah.

p/s : selalunya kta selalu sayang pd org len melebihi pd dr sdr..akhirnya bla kita dkecewakan kta akan rasa perit, sedih, marah..Hal nie berlaku sbb kta x sayang pd dr kta sendiri.kita slalu utamakan org len dr diri sdr..menjadi sahabat yg baik pd diri sdr adalah penting..ini kerana kita sahaja yg plg faham dr sendiri & sentiasa yakin yg kita mampu lakukannya wlupn hadapi pe jua dugaan & ujian..